Sunday, 23 June 2013
Sebenarnya saya isteri dia..
Aku baru habis baca novel Sebenarnya Saya Isteri Dia.. Bagi aku antara novel dengan drama SSID ni, bagi aku la kan drama dia lagi best. Selalunya, kalau novel di adaptasi jadi cerita ni. Novelnya lagi best. Tapi untuk cerita SSID ni cerita dia lagi best. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab pelakon dia yang pandai bawa watak, atau mungkin pengarah dia.. Chewahh kau.. haha.
Jalan cerita antara novel and dramanya pun ada lain-lain sikit. Kiranya not 100% sama. Novel SSDI ni jalan cerita dia agak longgar kalau nak di bandingkan dengan drama dia. So thumb up untuk pelakon-pelakon dan kru-kru penerbitan drama SSID sebab berjaya jadikan novel yang bagi aku agak hambar untuk baca jadi cerita yang dah buat aku ketagih nak tengok tiap-tiap minggu.
Moh la kita sama-sama tenguk drama Sebenarnya Saya Isteri Dia di slot Zehra setiap hari Jumaat pukul 9 malam. Tapi kalau terlepas pun, tak pe.. Jangan risau sebab korang still boleh tengok dekat tonton.com.my . Drama ni dah nak habis dah pun, tinggal lagi 2 episod jek lagi.
Antara pelakon drama SSID ni Tiz Zaqyah dan Izzue Islam. Memang mantap gandingan dua orang ni. Yang sorang ni cantik yang sorang lagi kacak bergaya. Tahniah untuk mereka, tak lupa untuk pelakon-pelakon lain macam Uqasha Senrose (akak kepada Nelydia Senrose), Azlee Khairi and ramai lagi.
So, keputusannya..antara novel and drama dia. Drama dia memang lagi best.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment