Tuesday, 25 June 2013

Cheese cake

Sebenarnya aku dah lama dah kempunan nak makan cheese cake. Hari tu jalan-jalan dekat Sunway Piramid nak cari kek hari jadi housemate aku, then masuk la satu kedai ni. Yang lain tengok usha kek mana yang sedap, aku dok usha satu cheese cake ni. Nampak macam kiut miut jek. Macam alololo.. comel comel. Aku pun tengah nak berjimatkan sekarang, so cheese cake tu macam berpatutan la dengan poket aku yang makin lama makin slim melim.


Ni la keknya. Nampak macam kecik wei. Tapi satu ni jek aku makan dah puas. Kecik-kecik cili padi orang cakap. Lagi-lagi kalau makan time sejuk, perut pun tengah lapar. Nyumm nyumm.. Sedap sampai menjilat kaki. Cheese cake ni half bake, tak ada la muak sangat bila makan tu. Harga pun boleh la tahan, baru RM3.50 jek. Memang berpatutan dan sangat puas hati. Boleh beat dengan SR punya cheese cake bagi aku. So, moh kita serang komugi ramai-ramai



Selain kek, dekat komugi ni ada juga jual roti-roti. Roti dia pun sedap and menarik perhatian untuk di beli, menarik perhatian selera aku juga. Well, aku memang gila roti and kek.


Sunday, 23 June 2013

Jerebu Melanda


Menurut apa yang aku baca, penyebab jerebu yang tengah melanda negara kita sekarang ni sebab hutan terbakar dekar Sumatera tu. Antara tempat-tempat yang terjejas teruk sekarang ni macam dekat Johor, Melaka and Singapore. Paling buat aku rasa macam nak melayang-layang ke selatan sebab family aku banyak dekat sana. Susah hati hoi.

Aku ingatkan KL ni terlepas la dari jerebu segala. Tapi tetiba jek masa weekands hari tu aku dah start rasa macam tinggal dekat Genting. Dari rumah aku ni should be boleh nampak Klcc, tapi sekarang bayang-bayang Klcc pun aku tak nampak. Yang nampak kabus jek. 


So, nak tak nak kenal la pakai mask kalau nak keluar rumah tu. Tak kira la, walau nak angkat baju sekejap jek pun dekat ampaian, tak pun setakat nak pergi makan dekat kedai mamak depan rumah pun, pakai jugak. Bukan apa, udara sekarang ni tak bersih. Macam-macam penyakit nanti kita boleh dapat, mencegah tu lebih baik dari mengubatikan? Cehwahh ayat diaa.. hahaha. 





Sebenarnya saya isteri dia..



Aku baru habis baca novel Sebenarnya Saya Isteri Dia.. Bagi aku antara novel dengan drama SSID ni, bagi aku la kan drama dia lagi best. Selalunya, kalau novel di adaptasi jadi cerita ni. Novelnya lagi best. Tapi untuk cerita SSID ni cerita dia lagi best. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab pelakon dia yang pandai bawa watak, atau mungkin pengarah dia.. Chewahh kau.. haha.

Jalan cerita antara novel and dramanya pun ada lain-lain sikit. Kiranya not 100% sama. Novel SSDI ni jalan cerita dia agak longgar kalau nak di bandingkan dengan drama dia. So thumb up untuk pelakon-pelakon dan kru-kru penerbitan drama SSID sebab berjaya jadikan novel yang bagi aku agak hambar untuk baca jadi cerita yang dah buat aku ketagih nak tengok tiap-tiap minggu.


Moh la kita sama-sama tenguk drama Sebenarnya Saya Isteri Dia di slot Zehra setiap hari Jumaat pukul 9 malam.  Tapi kalau terlepas pun, tak pe.. Jangan risau sebab korang still boleh tengok dekat tonton.com.my . Drama ni dah nak habis dah pun, tinggal lagi 2 episod jek lagi.


Antara pelakon drama SSID ni Tiz Zaqyah dan Izzue Islam. Memang mantap gandingan dua orang ni. Yang sorang ni cantik yang sorang lagi kacak bergaya. Tahniah untuk mereka, tak lupa untuk pelakon-pelakon lain macam Uqasha Senrose (akak kepada Nelydia Senrose), Azlee Khairi and ramai lagi.

So, keputusannya..antara novel and drama dia. Drama dia memang lagi best.

Saturday, 22 June 2013

Mama Jo's Laundry


Rumah aku tak ada washing machine. Bukan tak nak beli. Tapi memandangkan duduk pun tak lama, so macam membazir pulak nak beli sebijik. So, alternative lain kalau dah malas tahap hazabedah apa lagi hantar laundry la kan? Aku selalu hantar dekat Mama Jo laundry. Sebab dekat jek dengan rumah aku tak ada la penat nak mengangkut baju menapak jauh-jauh. Dah la kereta tak ada. Bukan kata kereta, motor sebijik pun aku tak ada. Sedih bukan hidup aku. Hahaha.

Laundry Mama Jo ni not bad la. Mahal sikit, tapi bagi aku berbaloi-baloi. Mama Jo pun tak ada la sombong sampai nak kena lempang. Friendly jek dengan customer dia. Cara dia kerja pun puas hati. So far, baju aku tak ada lagi yang hilang or rosak. Sangat puas hati. And yang bestnya bila kau hantar baju dekat sini, pewangi dia kau boleh pilih ikut suka. Kalau aku, macam biasa la. Dah tak payah tanya, aku memang cop pewangi epal pujaan hati jek la.


So, untuk sesiapa yang tinggal area Puchong tu moh la datang hantar baju dekat Mama Jo Laundry ni. Terutama yang tinggal dekat The Zest Condo, dekat bawah jek. Korang keluar dekat Zest Point tu,  tingkat 1.

Fatih Seferagic datang Malaysia




Fatih Seferagic. Who's is he? And have you hear this name previous this? Actually, I just know him from one of my housemate past 2 days ago. Ok, kita cakap melayu la ye. Fatih Seferagic ni sebenarnya orang warganegara Bosnia tapi dilahirkan di Germany and pindah ke America masa umur dia 4 tahun. Lebih kurang macam tu la, aku pun tak berapa tahu sangat.

Yang pasti, Fatih Seferagic ni antara Qari yang termuda sebab umur dia baru 18 tahun! Sebaya aku jek ni, tapi conform bila jejalan dengan dia ni orang ingat aku adik dia. Suara dia sangat merdu bila dia mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran. Mudah-mudahan lagi ramailah anak-anak muda terutama dari Malaysia ni jadi macam Fatih Seferagic. Yang baik jadikan contoh, yang buruk jadikan teladan ye tak? Daripada duk buat artis K-pop or Justin Bieber tu jadi idola korang, jadi ikutan korang. Baik jadikan Fatih Seferagic ni contoh, kan lagi baik.



Yang bestnya, tak lama lagi Fatih Seferagic ni nak buat tour dekat Malaysia. Moh kita sesama datang. Bukan selalu dia nak datang Malaysiakan? Hehe


Friday, 21 June 2013

Man of steel

Actually tak ada la baru sangat tengok cerita ni, ada la dalam 2,3 hari yang lepas. Man of steel memang terbaik. But still tak boleh kalahkan Iron man3 bagi aku la. Tak tau la kenapa, maybe sebab jalan cerita dia kot macam aku dah boleh teka-teka. So tak ada la macam "wow, tak sangka macam jadi macam ni, ingatkan jadi macam tu.."


Nasib baik superman kali ni dah cerdik sikit, dah tak pakai spentot dekat luar lagi. Hahaha. Pembaharuan yang bagus la. Ye la, muka dah handsome tak kan tetiba nak pakai spentot dekat luar pulakkan macam dulu? So, tak ada la jadi contoh yang buruk sangat dekat budak-budak yang tegok cerita ni. Nanti bila bawak balik kampung tak ada la terkejut tok wan, tok cu, tok abah segala tok la yang ada sebab anak kecik-kecik tetiba pakai spentot dekat luar. Bila tanya sapa ajar, dorang jawab "superman yang ajar" *mendada, tangan cekak pinggang*


Aku rate Man of steel ni 4 starts la. Not bad kn? Boleh layan, tak ada la bosan tahap tidur dekat panggung. Dah, aku nak sambung makan.. haha

First

Ok, hi guys and Assalamualikum. Its my very first entry. Idk kenapa tetiba tangan ni gagal-gatal nak berblogging. Well, maybe sebab bosan sangat. Rumah ni tak ada TV ye untuk maklumat semua. Almaklum rumah bujang, memang serba serbi tak lengkap.

Hari ni memang membosankan. Tak macam semalam. Hehehe.. semalam my friends and I pergi Sunway Lagoon. Such a very lovely day with all my sayang. Not my bf or what, just my lovely housemate. Pagi-pagi lagi dah beli ticket. Bukan sebarang pagi ye, pagi kami pukul 1 pagi. Semata nak dapat ticket murah. Actually, aim nakkan ticket RM20 tu, tapi awal-awal lagi dah habis. Kecewa bebeno rasa hati. But, lucky us sebab still ada ticket yang boleh la tahan bebaloi jugak.

Malas dah nak membebel pepanjang.