Friday, 13 September 2013

Sayang nabi kita?

Assalamualaikum and very good night.

Anda sayang dan kasih pada Nabi Muhammad SAW? Benar? Maka bersiap sedialah anda untuk diuji sebesar mana sayang dan kasih anda kepada Baginda. Aku tertarik dengan satu artikal yang aku baca daripada seorang rakan facebook aku ni.


Jangan pernah mengalah bila diuji. Kuatkan iman anda. Ingatlah, anda diuji kerana Allah masih sayangkan anda-anda semua.



P/S: formal, macam karangan dah.. hahahahahahaha

Monday, 9 September 2013

Aku hanya manusia biasa.

Aku hanya manusia biasa. Yang juga tahu memberi dan merasa.
Aku bukan tidak sedar atau tidak tahu. Cuma aku hanya manusia alpa.
Manusia yang alpa dengan sekelumit nikmat dunia. Hingga aku lupa akan kebesaran Dia.
Aku lupa dengan nikmat yang acap kali diberi untuk aku rasa betapa indah nikmat dunia. Sebenarnya agar aku tak lupa untuk mencari kebaikan untuk disana.

Namun..aku hanya manusia biasa.
Yang ada pasang surut imannya. Kerana aku alpa. Kerana aku terlupa ada kehidupan lagi nanti disana.
Kehidupan yang kekal abadi dan tiada tolok dan banding nikmatnya.

Walau aku gadai satu dunia.
Walau aku renangi satu pentas benua.
Walau aku menagis air mata darah sekali pun.
Tidak dapat aku masuk ke syurga tanpa syahadah di hati tanpa syahadah dilidah.
Tidak akan dapat aku kecapi nikmat syurga jika aku terus hanyut dek sekelumit nikmat yang dicampak ke dunia.